HOSPITALITI RUMAH KEDIAMAN DAN INTERAKSI SOSIAL: PERSPEKTIF FIQH

  • Zahari Mahad Musa
Keywords: Hospitaliti, Rumah Kediaman, Fiqh, Ijtihad

Abstract

Rumah kediaman bukan setakat ruang fizikal semata-mata, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan pembinaan komuniti yang sejahtera. Hukum hospitaliti yang merujuk kepada layanan mesra tetamu merupakan sebahagian peraturan yang ditetapkan oleh syarak dan bermula di rumah kediaman. Artikel ini bertujuan menghuraikan hospitaliti tentang rumah kediaman dalam fiqh Islam. Garis panduan hospitaliti tentang rumah kediaman yang digariskan dapat memberi keseimbangan dalam kehidupan insan yang lestari iaitu melalui perlindungan hak privasi penghuni kediaman dan tuntuan sosial bermasyarakat iaitu hidup berjemaah. Selain daripada itu, tujuan artikel ini ialah melihat perubahan ijtihad dalam fiqh yang bersifat dinamik. Isu hospitaliti tentang rumah kediaman dipilih sebagai sampel kajian bagi menunjukkan perubahan sesuatu ijtihad dalam mengeluarkan hukum fiqh. Kajian dalam artikel adalah berbentuk kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis data sebagai pendekatan yang utama. Fokus perbincangan adalah menganalisis nas-nas syarak iaitu al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW berkaitan isu perubahan ijtihad fiqh tentang hospitaliti rumah kediaman. Huraian juga akan tertumpu pada ijtihad ilmuan fiqh tentang isu ini. Kajian ini mendapati Islam menetapkan cara hidup yang seimbang demi kelestarian insan. Keseimbangan melalui peraturan hospitaliti berkaitan rumah kediaman dapat dilihat melalui beberapa perubahan ijtihad fiqh yang bersifat dinamik. Islam mengatur keseimbangan antara perlindungan hak privasi penghuni kediaman dan tuntutan sosial bermasyarakat pada satu-satu masa. Penerimaan adat setempat sangat diperlukan dalam perubahan ijtihad berkaitan amalan dan perlaksanaan hospitaliti berkaitan rumah kediaman.

Published
2020-02-07