https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/issue/feed Syariah and Law Discourse 2020-02-08T08:12:20+00:00 Ahmad Syukran Baharuddin ahmadsyukran@usim.edu.my Open Journal Systems
The Syariah and Law Discourse is an online publication that aims to achieve the vision of the Universiti Sains Islam Malaysia. It combines the ‘aqli and naqli knowledge that raises Syariah and Law issues and developments. It provides an opportunity for direct communication with specialists in the relevant field from different countries to benefit the academicians in their careers. Such intellectual dialogue between peers of experience includes discussion on current issues as well as established theories related to the Syariah and Law themes. This online platform also publishes compilations of academic papers presented in conferences and seminars held by the Faculty of Syariah and Law, USIM.
https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/9 THE LEGAL REGULATION OF BIOSAFETY RISK: A REVIEW OF THE SOCIO-ECONOMIC ISSUES 2020-02-08T08:12:19+00:00 Noor Dzuhaidah Osman noordzuhaidah@usim.edu.my
This paper examines the socio-economic consideration as part of the Key biosafety issues from the Cartagena Protocol on Biosafety to the Convention on Biological Diversity that governs the transboundary movement of living modified organisms (LMO) for the protection of human health and the environment. This doctrinal research reiterates the benefits and risks from the modern biotechnology products together with the precautionary principle for the uncertain areas of science. This paper finds that bioethics and the formal inclusion of socio-economic consideration into the biosafety decision-making process that lays down the foundation of good biosafety governance apart from the risk assessment. In conclusion, the institutionalisation of bioethics will contribute to a more effective implementation of the Key Protocol issues from the socio-economic perspective that need to be translated into the national biosafety laws as biosafety does not just pose scientific risk but socio-economic issues as well.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/10 LEGISLATIONS ON SOLID WASTE MINIMIZATION: A COMPARISON BETWEEN MALAYSIA AND AUSTRALIA 2020-02-08T08:12:19+00:00 Intan Nadia Ghulam Khan intan@usim.edu.my Wan Siti Adibah Wan Dahalan wsa@ukm.edu.my Rasyikah Md Khalid rasyikah@ukm.edu.my Zulkifli Mohd Nopiah zmn@ukm.edu.my Kamal Halili Hassan k.halili@ukm.edu.my
Sustainable solid waste management contributes to three important aspects of sustainable development, that is, the environment, and economic and social wellbeing. The contribution of solid waste management to the environment is characterized by the reduction of environmental impact and minimization of resource extraction. The indicator of this is the reduction and minimization in waste generation. In Malaysia, the increasing generation of solid waste in Malaysia shows that continuous reduction in waste generation in Malaysia has yet to be a total success. The increasing generation of solid waste may cause air, land and water pollutions. On the other hand, there is slight reduction of Australia’s waste generation in recent years.  This shows Australia’s success in practising waste minimization, recycling and recovery of energy from waste. Based on library research method, this paper aims to compare legislations related with solid waste minimization in Malaysia and Australia. It is found that waste minimization is the main focus of solid waste management laws in Australia, whereas Malaysia’s legislations still focus on basic solid waste management issues which include collection, disposal and infrastructure necessities.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/11 SOROTAN LITERATUR KAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MALAYSIA 2020-02-08T08:12:20+00:00 Azman Ab Rahman azman@usim.edu.my Mohamad Anwar Zakaria anwarzakaria8055@gmail.com Muhd. Faiz Abd. Shakor faizshakorkisas@gmail.com Nurul Shazwani Nordin waninordin.work@gmail.com Nur Ain Syafiqah Rahmat ainnrahmat@gmail.com
Ilmu pendidikan Islam merupakan warisan yang sangat penting kerana sifatnya yang menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan sama ada untuk pelajar normal mahupun OKU. Dasar OKU dan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 Malaysia turut menetapkan sasaran terhadap usaha meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat. Namun berdasarkan kajian, kurikulum pendidikan Islam yang sedia ada di Malaysia ia lebih memfokuskan kepada pelajar normal sahaja. Kurikulum yang sama juga turut diguna pakai oleh pelajar OKU dalam kalangan buta, pekak, dan bisu. Perkara ini juga memberi kesan dan permasalahan kepada golongan OKU tersebut untuk berdikari dan bergaul bersama masyarakat selepas tamat persekolahan sama ada dalam konteks ibadat, jenayat, munakahat dan muamalat disebabkan tiada pendedahan khusus tentang pendidikan Islam Khas dalam kalangan mereka. Di samping itu, kekurangan guru agama yang mahir berbahasa isyarat dan kesedaran ilmu agama dalam kalangan orang pekak juga menjadi faktor keterbelakangan pelajar-pelajar OKU dalam memahami permasalahan agama. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta menganalisis kajian sorotan literatur berkaitan kurikulum pendidikan Islam bagi pelajar OKU di Malaysia. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa perlunya pembangunan model kurikulum pendidikan Islam bagi pelajar OKU yang meliputi aspek ibadat, muamalat, munakahat dan juga jenayah. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk membangunkan model kurikulum Pendidikan Islam sebagai rujukan dan panduan utama pelajar-pelajar dan guru-guru Pendidikan Islam Khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta KPM dalam meningkatkan keberkesanan kurikulum pendidikan Islam Khas seterusnya dapat memperkasakan mutu pendidikan negara.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/12 SOROTAN LITERATUR KAJIAN PENENTUAN HAD KIFAYAH DI MALAYSIA 2020-02-08T08:12:20+00:00 Azman Ab Rahman azman@usim.edu.my Muhd. Faiz Abd. Shakor faizshakorkisas@gmail.com Mohamad Anwar Zakaria anwarzakaria8055@gmail.com Nurul Shazwani Nordin waninordin.work@gmail.com Nur Ain Syafiqah Rahmat ainnrahmat@gmail.com
Zakat merupakan sumber ekonomi umat Islam dalam membantu masyarakat khususnya golongan bawahan. Pengurusan kutipan dan agihan zakat yang efektif dapat meningkatkan ekonomi masyarakat. Kaedah pengurusan zakat di Malaysia telah menyelesaikan beberapa isu kemiskinan yang melanda dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia, namun jumlah penerima golongan asnaf fakir dan miskin masih dilihat terus meningkat saban tahun sehingga menggusar pengurusan zakat di Malaysia. Hal ini disebabkan beberapa faktor dalam penilaian kaedah agihan zakat yang memerlukan kepada penentuan taksiran had kifayah yang lebih berstruktur dan lebih tepat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kajian-kajian lepas berkaitan penetapan had kifayah di Malaysia. Kajian ini juga menganalisis sorotan literatur dalam kaedah penetapan had kifayah yang dilaksanakan di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai item dalam penentuan had kifayah yang dilaksanakan oleh beberapa Majlis Agama Islam Negeri. Justeru, keperluan terhadap standard item had kifayah baharu perlu dibangunkan sebagai asas dan rujukan kepada setiap negeri dalam menentukan asnaf fakir dan miskin termasuk pembayar zakat. Implikasi kajian ini boleh dijadikan panduan kepada institusi-institusi zakat dalam menjalankan kajian yang lebih mendalam berkenaan taksiran had kifayah zakat di setiap negeri. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam pembinaan standard item had kifayah yang baharu kepada JAWHAR dan Majlis Agama Islam Negeri dalam memperkasa institusi-institusi zakat di Malaysia supaya isu membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat dapat direalisasikan.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/13 SOROTAN LITERATUR KAJIAN PENENTUAN STATUS MUALAF KEPADA MUKALAF DI MALAYSIA 2020-02-08T08:12:20+00:00 Azman Ab Rahman azman@usim.edu.my Nurul Shazwani Nordin waninordin.work@gmail.com Nur Ain Syafiqah Rahmat ainnrahmat@gmail.com Muhd. Faiz Abd. Shakor faizshakorkisas@gmail.com Mohamad Anwar Zakaria anwarzakaria8055@gmail.com
Pemelukan agama Islam dalam kalangan mualaf meningkat saban tahun. Perkembangan ini amat baik dan menunjukkan Islam agama yang rahmah dan sesuai sepanjang zaman. Istilah mualaf atau saudara baharu sering digunapakai oleh masyarakat atau agensi yang mengurus, membimbing dan menjaga kebajikan mualaf. Kini, timbul persoalan tentang status mualaf kepada mukalaf yang perlu dikaji dan diteliti secara terperinci. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian-kajian lepas yang berkaitan penentuan status mualaf kepada mukalaf di Malaysia. Kajian ini juga akan menganalisis sorotan literatur berkaitan kajian penentuan status mualaf kepada mukalaf di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan kaedah perpustakaan dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan kajian yang terperinci berkaitan kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada institusi-institusi pengurusan zakat di Malaysia. Keperluan bagi mewujudkan sebuah kaedah penentuan status mualaf kepada mukalaf juga menjadi titik tolak kepada pembangunan mualaf ke arah menjadi seorang Muslim yang sejati.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/14 SOROTAN LITERATUR KAJIAN MODUL PENGAJIAN MUALAF DI MALAYSIA 2020-02-08T08:12:20+00:00 Azman Ab Rahman azman@usim.edu.my Nur Ain Syafiqah Rahmat ainnrahmat@gmail.com Muhd. Faiz Abd. Shakor faizshakorkisas@gmail.com Nurul Shazwani Nordin waninordin.work@gmail.com Mohamad Anwar Zakaria anwarzakaria8055@gmail.com
Penyebaran dakwah Islamiah telah memberikan kesan positif terhadap penerimaan agama Islam di mana orang yang bukan beragama Islam bukan sahaja dapat mengenali, memahami serta mengkaji tentang agama Islam bahkan mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan bagi memeluk agama Islam. Menurut statistik keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jumlah mualaf yang direkodkan dari tahun 2000 sehingga 2012 adalah seramai 106,747 orang dan ini membuktikan bahawa bilangan mualaf memeluk agama Islam adalah meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, keperluan terhadap modul pengajian mualaf yang sistematik dan tersusun mengikut kehendak semasa amat penting untuk dikaji dan dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman mereka berkaitan Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kajian sorotan literatur berkenaan modul pengajian mualaf yang digunapakai oleh institusi pengajian mualaf dan Majlis Agama Islam Negeri. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan menilai kajian sorotan literatur berkenaan dengan modul pengajian mualaf di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini akan menggunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa sorotan literatur berkaitan modul pengajian mualaf lebih memfokuskan kepada pendidikan kepada golongan mualaf, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta program pengisian kepada golongan mualaf berbanding dengan kandungan modul pengajian. Justeru itu, modul pengajian mualaf menjadi suatu keperluan untuk dibangunkan sesuai dengan perkembangan semasa. Kajian lanjutan perlu dilakukan untuk menyemak semula keberkesanan modul pengajian mualaf yang sedia ada dalam pelbagai aspek. Diharapkan kajian ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada institusi mualaf dan Majlis Agama Islam Negeri dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam terhadap mualaf.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/15 RAWATAN AIR SISA WUDHU’ PATUH SYARIAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENAPISAN MEMBRAN 2020-02-08T08:12:20+00:00 Mohd Soberi Awang soberi@usim.edu.my Azman Ab Rahman azman@usim.edu.my Irwan Mohd Subri irwan@usim.edu.my Mohd Hafez Mohd Isa m.hafez@usim.edu.my Mohamad Anwar Zakaria anwarzakaria8055@gmail.com
Air merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan. Untuk menjaga kuantiti dan kualiti air bagi kegunaan manusia dan ekosistem, masyara’at seharusnya bijak dalam mengelola sumber bumi yang begitu berharga ini. Kaedah rawatan air merupakan salah satu kaedah yang efisyen untuk menjaga kualiti air serta menjamin penjimatan air. Sistem rawatan air melalui teknologi penapisan membran dilihat mampu untuk mengitar serta merawat semula air sisa yang telah digunakan termasuklah air sisa wudhu’. Namun, perdebatan dalam kalangan masyara’at timbul berkenaan kaedah rawatan air sisa wudhu’ melalui teknologi penapisan membran ini berikutan teknologi ini mengguna pakai kembali air sisa wudhu’ yang bersifat musta’mal atau mungkin juga bersifat mustanajjis. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kaedah rawatan air melalui teknologi penapisan membran ini bertepatan dengan kaedah penyucian yang disarankan oleh syara’ atau sebaliknya. Seterusnya kajian ini juga akan mengkaji perbezaan kaedah rawatan air sisa wudhu’ melalui teknologi penapisan membran dan kaedah penyucian air sisa wudhu’ menurut kaedah Fiqh. Kajian ini juga akan mengkaji titik pertemuan antara kedua-dua kaedah rawatan dan penyucian air ini demi menghasilkan natijah rawatan air yang patuh syariah serta dapat dimanfaatkan untuk kegunaan harian dan juga bersuci. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif meliputi kaedah dokumentasi dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati bahawa rawatan air sisa wudhu’ melalui teknologi penapisan membran diharuskan dengan syarat ia mestilah bertepatan dengan kaedah rawatan dan penyucian air yang disarankan oleh hukum syara’. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk menghasilkan satu model rawatan air sisa wudhu’ membran patuh Syariah untuk digunakan di tempat beribadah seperti masjid, surau dan sebagainya.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse https://dsl.usim.edu.my/index.php/DSL/article/view/16 HOSPITALITI RUMAH KEDIAMAN DAN INTERAKSI SOSIAL: PERSPEKTIF FIQH 2020-02-08T08:12:20+00:00 Zahari Mahad Musa zahari@usim.edu.my
Rumah kediaman bukan setakat ruang fizikal semata-mata, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan pembinaan komuniti yang sejahtera. Hukum hospitaliti yang merujuk kepada layanan mesra tetamu merupakan sebahagian peraturan yang ditetapkan oleh syarak dan bermula di rumah kediaman. Artikel ini bertujuan menghuraikan hospitaliti tentang rumah kediaman dalam fiqh Islam. Garis panduan hospitaliti tentang rumah kediaman yang digariskan dapat memberi keseimbangan dalam kehidupan insan yang lestari iaitu melalui perlindungan hak privasi penghuni kediaman dan tuntuan sosial bermasyarakat iaitu hidup berjemaah. Selain daripada itu, tujuan artikel ini ialah melihat perubahan ijtihad dalam fiqh yang bersifat dinamik. Isu hospitaliti tentang rumah kediaman dipilih sebagai sampel kajian bagi menunjukkan perubahan sesuatu ijtihad dalam mengeluarkan hukum fiqh. Kajian dalam artikel adalah berbentuk kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis data sebagai pendekatan yang utama. Fokus perbincangan adalah menganalisis nas-nas syarak iaitu al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW berkaitan isu perubahan ijtihad fiqh tentang hospitaliti rumah kediaman. Huraian juga akan tertumpu pada ijtihad ilmuan fiqh tentang isu ini. Kajian ini mendapati Islam menetapkan cara hidup yang seimbang demi kelestarian insan. Keseimbangan melalui peraturan hospitaliti berkaitan rumah kediaman dapat dilihat melalui beberapa perubahan ijtihad fiqh yang bersifat dinamik. Islam mengatur keseimbangan antara perlindungan hak privasi penghuni kediaman dan tuntutan sosial bermasyarakat pada satu-satu masa. Penerimaan adat setempat sangat diperlukan dalam perubahan ijtihad berkaitan amalan dan perlaksanaan hospitaliti berkaitan rumah kediaman.
2020-02-07T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2020 Syariah and Law Discourse